Friday, July 11, 2008

Blog KadkahwinKu.Com Mesra Online

Oleh Dewi Murni Mohamed

STARBUCKS Putrajaya, Jumaat - Laman web perniagaan www.kadkahwinku.com bakal mengaktifkan blog miliknya, Isnin ini bagi memastikan lebih ramai pelanggan bersedia untuk membuat tempahan kad undangan perkahwinan secara online.

Menurut Pengurus Pemasarannya, Luqman Nur Hakim, 28, langkah itu diambil berikutan terlalu ramai pelanggan yang mengelakkan untuk membuat transaksi pembayaran menerusi perbankan internet walaupun sudah membuat pesanan online.

"Mereka takut-takut untuk membuat pembayaran online mungkin kerana tiada kepercayaan dan tak pernah mempunyai pengalaman membuat belian online walaupun sebahagian besar bakal pelanggan ialah golongan muda yang terdedah kepada internet.

"Menerusi blog, kami dapat mendekati pelanggan secara santai apabila mereka merasakan laman web www.kadkahwinku.com adalah mesra internet.....apabila timbul rasa 'proximity' kami bukan lagi penjual tetapi 'rakan online' mereka..." katanya kepada NEWSKU di Starbucks Coffee, di sini hari ini.

http://kadkahwinku.com/

"Dunia Tanpa Sempadan"

Oleh Dewi Murni Mohamed

Jumaat, Putrajaya - Mempelajari dunia komunikasi baru 'kewartawanan online' memberi peluang lebih luas untuk saya meneroka dunia yang sememangnya tanpa sepadan ini.

Kini, saya percaya dunia baru ini memang tanpa sepadan. Tidaklah seperti dulu, kerap sangat menulis "dunia tanpa sempadan" atau mendengar menteri berucap "...rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menjelajah "dunia tanpa sempadan"...bla..blaa..." tetapi hakikatnya saya pun tidak memahami langsung apa maksudnya.

Jika dibuat "press conference" dengan pak menteri itu pun minta penjelasan "dunia tanpa sempadan" itu apa, rasanya dia pun tak tahu apa yang dia cakap sebab dia tukang baca teks ucapan yang sudah disediakan oleh setiausaha akhbarnya.

Oleh sebab itu, apabila PM kata blog ialah laman fitnah memfitnah....semualah sokong - sebabnya para menteri pun semuanya tak pernah peduli apa itu blog, walaupun mereka yang beria-ia mahukan kita meneroka "dunia tanpa sempadan..."

Kini, selepas 24 jam saya meneroka "dunia tanpa sempadan" - saya penuh keyakinan sekali untuk menulis berita kedua ini, tanpa rasa takut dengan sekatan atau hukuman....malah, tanpa juga takut kena scoop setiap kali keluar bertugas.

Memberi perhatian terhadap pengumuman PM semalam, rasanya seperti membaca berita yang sama setiap kali pemilihan umno tiba, selama 22 tahun yang lalu begitu, kini pun sama juga...ada calon gantian yang akan diumum atau mengumumkan persaraan....bosan.

Jika saya masih wartawan massa, semua itu akan dibuat secara berulang-ulang. Selagi ada di news desk, buat liputan yang sama....tahun ini, tahun depan....sama aje....pemimpin yang baru pun akan pasang tape yang sama saban tahun.

Sehingga detik ini, saya merindukan dunia kewartawanan yang lama walaupun tak pernah wujud masa itu (belum lahir pun) tetapi rasanya mahu hidup pada zaman Pak Samad & Pak Sako.....

Tugas dan peranan mereka menjadi begitu penting pada masa itu dek kerana pemimpin zaman itu tak suka pasang tape orang lain tapi buat tape sendiri...pemimpin masa itu lebih memahami apa maksud fitnah berbanding yang mengucapkannya sekarang.

Hanya ada dua perkataan yang pemimpin dan wartawan lama tak tahu iaitu 'liwat' dan 'blog'...kalau mereka tahu agaknya kupasannya pasti lebih baik kini....

Thursday, July 10, 2008

Dunia Tanpa Sempadan...PRESS FREEDOM

Oleh Dewi Murni Mohamed

JUMAAT, Kajang - Alhamdulilah....seronok sangat dapat menulis perkataan itu dan pastinya akan terus terpapar di dada 'akhbar' pada esok pagi....tanpa diedit oleh OC...emmm...yang ini pun boleh keluar...ali bin abu...pun ok...Pembangkang menderma RM1 juta kepada kerajaan..pun pas juga...

Apa lagi yang nak tulis ni....kesilapan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan kenaikan harga gula terlalu awal menyebabkan orang ramai bersesak mendapatkan bekalan gula hari ini....yang ini pun saya boleh tulis, tanpa takut nanti dapat surat amaran daripada pejabat menteri pula macam dulu-dulu....

Yang benarnya, selepas meneliti hampir kesemua tulisan di blog-blog yang dimiliki oleh para bekas wartawan tersohor yang menjadi idola saya Ahiruddin Atan, Kadir Jasin, Nuraina A Samad, Tiger....saya begitu yakin, apa pun yang saya fikir, rumus dan tulis akan terus tersiar tanpa sekatan.

Saya percaya kepada kebebasan akhbar (dalam sudut yang waras...) ialah yang sebenarnya dapat membentuk sesuatu generasi yang teguh dan negara yang maju. Namun, sekatan yang melampau menyebabkan wartawan tidak dapat meluahkan pendapat sebenar.....

Wartawan hanya tape perakam semua cakap menteri, lapor yang baik-baik saja.....kalau tak kena, dapat surat amaran...macam saya dapat surat amaran dari pejabat Menteri Pembangunan Usahawan walaupun dia mahu membentangkan Akta Francais bukan untuk kepentingan rakyat tetapi kepentingan dia...bila ditulis, dia terasa...dia report bos, apa lagi...emmm kena marah...walaupun tau bos tak marah saya, bos kata Menteri tu memang tak bagus pun....

Menulis di blog buat pertama kali tanpa persediaan ini membuat saya begitu teruja...ayatpun caca merba, dah begitu lama tidak menulis, kepuasan datang serta merta dan terubat semua kerinduan untuk menulis semula.....kerana kewartawanan sudah menjadi darah daging.....terima kasih kepada teknologi blog/internet ini kerana ia lahir semula byline dewimurni.....