Oleh Dewi Murni Mohamed
Jumaat, Putrajaya - Mempelajari dunia komunikasi baru 'kewartawanan online' memberi peluang lebih luas untuk saya meneroka dunia yang sememangnya tanpa sepadan ini.
Kini, saya percaya dunia baru ini memang tanpa sepadan. Tidaklah seperti dulu, kerap sangat menulis "dunia tanpa sempadan" atau mendengar menteri berucap "...rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menjelajah "dunia tanpa sempadan"...bla..blaa..." tetapi hakikatnya saya pun tidak memahami langsung apa maksudnya.
Jika dibuat "press conference" dengan pak menteri itu pun minta penjelasan "dunia tanpa sempadan" itu apa, rasanya dia pun tak tahu apa yang dia cakap sebab dia tukang baca teks ucapan yang sudah disediakan oleh setiausaha akhbarnya.
Oleh sebab itu, apabila PM kata blog ialah laman fitnah memfitnah....semualah sokong - sebabnya para menteri pun semuanya tak pernah peduli apa itu blog, walaupun mereka yang beria-ia mahukan kita meneroka "dunia tanpa sempadan..."
Kini, selepas 24 jam saya meneroka "dunia tanpa sempadan" - saya penuh keyakinan sekali untuk menulis berita kedua ini, tanpa rasa takut dengan sekatan atau hukuman....malah, tanpa juga takut kena scoop setiap kali keluar bertugas.
Memberi perhatian terhadap pengumuman PM semalam, rasanya seperti membaca berita yang sama setiap kali pemilihan umno tiba, selama 22 tahun yang lalu begitu, kini pun sama juga...ada calon gantian yang akan diumum atau mengumumkan persaraan....bosan.
Jika saya masih wartawan massa, semua itu akan dibuat secara berulang-ulang. Selagi ada di news desk, buat liputan yang sama....tahun ini, tahun depan....sama aje....pemimpin yang baru pun akan pasang tape yang sama saban tahun.
Sehingga detik ini, saya merindukan dunia kewartawanan yang lama walaupun tak pernah wujud masa itu (belum lahir pun) tetapi rasanya mahu hidup pada zaman Pak Samad & Pak Sako.....
Tugas dan peranan mereka menjadi begitu penting pada masa itu dek kerana pemimpin zaman itu tak suka pasang tape orang lain tapi buat tape sendiri...pemimpin masa itu lebih memahami apa maksud fitnah berbanding yang mengucapkannya sekarang.
Hanya ada dua perkataan yang pemimpin dan wartawan lama tak tahu iaitu 'liwat' dan 'blog'...kalau mereka tahu agaknya kupasannya pasti lebih baik kini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ni kaktih ke?http://members.tripod.com/uuitm/pendidikan4.html
Post a Comment